La tahazan.

Datok Sri Najib bersalah?

Yang sokong Najib jangan sedih dulu.

Yang benci Najib jangan gembira dulu.

Kisah ni baru Hentian Pertama: Mahkamah Tinggi dengan sorang hakim buat keputusan.

Lepas ni Hentian kedua: Mahkamah Rayuan pula bersama 3 hakim buat keputusan.

Dan Kalau Najib didapati bersalah di Mahkamah Rayuan di hadapan 3 hakim,

Ada hentian ke tiga, sambung di Mahkamah Persekutuan dengan lima hakim.

Bermakna selagi penghakiman masih bukan Mahkamah Persekutuan yang buat, maka ceritanya belum habis.

Bab politik ni ingat tak kes Anwar Ibrahim?. Lepas ketiga-ketiga mahkamah kalah, baru Anwar masuk penjara dan lepas tukar kerajaan dapat pula pengampunan Agong.
Keluar jadi pembankang balik. Simple.

Jadi.. selagi Najib tidak di dapati bersalah oleh mahkmah persekutuan. Jangan ghairah sangat kutuk Najib itu ini begitu begini.

Kerana bagi mereka yang bersalah dah tak sempat masuk tiga mahkamah dunia, sungguh ada lagi mahkamah lepas mati.

Ada hukuman kat dalam kubur, lepas tu ada lagi mahkamah di padang mahsyar yang Maha Adil hingga dosa besar zarah pun Allah hintung. Ada neraca mizan? Ada titian sirat, mana mahu lari?

Kita ni yang dok maki Najib itu ini sempat ke nak minta maaf?. Yang tuduh Najib bunuh orang, perompak semua bagai sempat nak minta maaf tak?

Sedangkan mati itu tiba tiba dan tak mengenal sesiapa. Ingat!

Kereta mayat itu sehala jalannya. Buat sehabis baik sebelum tumpang.

Woha!

Fakta.

Beberapa fakta menarik berkenaan Hakim kes SRC DS Najib iaitu Hakim Nazlan….

Hakim Nazlan tidak pernah menghakimi kes jenayah di mahkamah tinggi sebelum ini.
Dia telah dipindahkan dari Mahkamah Komersil dan kes DSN merupakan kes jenayah pertama yang dikendalikannya!

Amat pelik kes berprofil paling tinggi dalam sejarah negara kita diserahkan kepada seorang hakim yang agak junior.

Kes SRC DS Najib sepatutnya dihakimi oleh Hakim Sofian tetapi telah dibantah oleh pendakwaraya kerana abang hakim tersebut adalah orang UMNO. 🤣

Lalu hakim telah ditukarkan dengan Nazlan selepas itu.

Jom kita tengok kes-kes lain yang Nazlan handle…

  1. Kes melibatkan Tengku Adnan: https://www.malaysiakini.com/news/535907
  2. Keputusan membenarkan jaminan ke atas kes LTTE Adun DAP Gadek:

This comes after Judge Mohd Nazlan Mohd Ghazali ruled that Section 13 of the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (Sosma) was ultra vires to Articles 8 and 121 of the Federal Constitution.

https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2019/11/543105/court-allows-gadek-assemblyman-apply-bail

  1. Kes Pengerusi FELDA Isa Samad:

Saksi pendakwaan ke-21 itu berkata demikian ketika membaca penyataan saksi pada hari ke-14 perbicaraan kes pecah amanah dan rasuah RM3 juta Mohd Isa berhubung pembelian MPHS oleh FICSB di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Link: https://m.malaysiakini.com/news/506970

  1. Kes DS Zahid:

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan demikian selepas menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi memindahkan tujuh kes itu ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Link: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/490960/tiada-istilah-tidak-sesuai

  1. Kes permohonan UMNO Pekan :

Their lawyers indicated their intention to Justice Mohd Nazlan Mohd Ghazali when the case was called up today. The former prime minister is also Pekan MP.

https://www.theedgemarkets.com/article/najibs-umno-pekan-division-seeks-strike-out-1mdb-asset-forfeiture

Amat misteri kan?
Macam seolah-olah Malaysia ni ada sorang je hakim untuk handle kes-kes besar.
Kes-kes besar melibatkan UMNO mesti Nazlan yang terpilih. 😎

Anggap je pemilihan Nazlan ni adalah suratan takdir. 🤣