La tahazan.

Datok Sri Najib bersalah?

Yang sokong Najib jangan sedih dulu.

Yang benci Najib jangan gembira dulu.

Kisah ni baru Hentian Pertama: Mahkamah Tinggi dengan sorang hakim buat keputusan.

Lepas ni Hentian kedua: Mahkamah Rayuan pula bersama 3 hakim buat keputusan.

Dan Kalau Najib didapati bersalah di Mahkamah Rayuan di hadapan 3 hakim,

Ada hentian ke tiga, sambung di Mahkamah Persekutuan dengan lima hakim.

Bermakna selagi penghakiman masih bukan Mahkamah Persekutuan yang buat, maka ceritanya belum habis.

Bab politik ni ingat tak kes Anwar Ibrahim?. Lepas ketiga-ketiga mahkamah kalah, baru Anwar masuk penjara dan lepas tukar kerajaan dapat pula pengampunan Agong.
Keluar jadi pembankang balik. Simple.

Jadi.. selagi Najib tidak di dapati bersalah oleh mahkmah persekutuan. Jangan ghairah sangat kutuk Najib itu ini begitu begini.

Kerana bagi mereka yang bersalah dah tak sempat masuk tiga mahkamah dunia, sungguh ada lagi mahkamah lepas mati.

Ada hukuman kat dalam kubur, lepas tu ada lagi mahkamah di padang mahsyar yang Maha Adil hingga dosa besar zarah pun Allah hintung. Ada neraca mizan? Ada titian sirat, mana mahu lari?

Kita ni yang dok maki Najib itu ini sempat ke nak minta maaf?. Yang tuduh Najib bunuh orang, perompak semua bagai sempat nak minta maaf tak?

Sedangkan mati itu tiba tiba dan tak mengenal sesiapa. Ingat!

Kereta mayat itu sehala jalannya. Buat sehabis baik sebelum tumpang.

Woha!

Leave a Comment